Monday, August 26, 2019

Alert!!! Sumber BNM

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA



Peringatan kepada Semua Pengguna

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai.
Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan yang berikut:
 

Siapakah yang boleh menawarkan perkhidmatan kewangan di Malaysia?

Hanya institusi kewangan iaitu banksyarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang diberikan lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Senarai penyedia perkhidmatan kewangan boleh didapati di laman sesawang BNM, www.bnm.gov.my melalui pautan yang berikut:
  • Kesannya:
    • Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
    • Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.

  • Oleh yang demikian, orang ramai DINASIHATKAN UNTUK TIDAK:
    • Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
    • Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
    • Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.





 

Aktiviti dan entiti kewangan yang diragui dan tidak sah


i) Orang ramai dinasihati untuk memaklumi BNM mengenai sebarang aktiviti atau entiti yang tidak sah dan mencurigakan ke:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
ii)  Antara aktiviti kewangan tidak sah yang bolehdilaporkan kepada BNM ialah:  
  • Pengambilan deposit secara tidak sah
  • Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
  • Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
  • Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
  • Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
  • Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
iii) Laporan juga boleh dibuat melalui Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di:
 
Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Pulau Pinang 
Jalan Corner Light
10200 Pulau Pinang
Tel: +6088 522 310 / 088 522 328
 

Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Johor Bahru 
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: 607-224-0799
 
Pejabat Wilayah Kota Kinabalu 
Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: +6088 522 310 / 088 522 328
Fax : +6088 522 302
Cawangan Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu 
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-622-0571
 

Pejabat Wilayah Kuching 
Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak
Tel: +6082-224200 / 082-224328

 
iv) Orang ramai juga boleh membuat semakan dengan agensi penguat kuasa lain untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan:
 
 

Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?


Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:
  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.
Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

0 comments: