Tuesday, October 30, 2018

Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah - Tips Hal Penting Melancong

Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah

SETIAP kali sebelum pergi melancong pastinya semua akan rasa teruja untuk merasa satu pengalaman baharu. Apa lagi jika ke tempat yang tidak pernah anda kunjungi sebelum ini. Banyak perkara yang mahu anda cuba dan teroka.
Perancangan yang bijak harus dilakukan supaya perjalanan anda berjalan lancar. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum pergi melancong. WOWMalaysia senaraikan apa kajian yang perlu anda buat terlebih dahulu.
Zaman sekarang ini semuanya di hujung jari. Banyak maklumat yang boleh anda peroleh di internet. Anda juga boleh merujuk kepada rakan-rakan yang punya pengalaman tentang sesebuah negara. Semoga tips ini bermanfaat.
TEMPAT MENARIK
Luangkan sedikit masa untuk melihat apa tarikan di negara yang akan anda kunjungi. Jangan lepas peluang untuk pergi ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Penting untuk anda tahu adakah sesuatu tempat itu memerlukan bayaran masuk atau tidak supaya dapat menyediakan belanjawan. Selain itu anda boleh merancang masa dengan melihat jarak sesuatu tempat dari hotel penginapan.
MAKANAN
Kata orang rugi jika anda tidak merasa masakan tempatan jika melancong. Cuba periksa apa menu menarik di sesebuah negara dan restoran yang wajib dikunjungi. Ada juga menu tempatan yang tidak kena dengan selera sendiri. Jadi ada boleh membawa bekalan makanan dalam tin dari rumah.
PENGINAPAN/PENGANGKUTAN
Pemilihan tempat menginap sangat penting jika melancong. Pastinya anda mahukan tempat yang selesa setelah penat berjalan. Pilih tempat yang sesuai untuk kemudahan sendiri. Jika anda mahu berehat, boleh menginap di hotel yang jauh dari kesibukan kota. Sebaliknya kalau mahu dekat dengan kemudahan awam, pilihlah lokasi penginapan di kawasan tumpuan ramai.
Soal pengangkutan juga tidak boleh ambil mudah. Sekiranya anda sudah menempah pemandu pelancong tidak ada masalah. Namun bagi mereka yang lebih suka menggunakan kenderaan awam, pastikan anda tahu mana hala tuju dan stesen terdekat. Lebih mudah jika ada memuat naik aplikasi kereta sewa di telefon pintar.
CUACA
Jangan disebabkan mahu tiket penerbangan murah anda pergi melancong tidak mengikut masa yang sesuai. Periksa ramalan cuaca di destinasi tujuan anda. Ada negara yang mungkin mengalami hujan sepanjang hari atau ribut salji. Selain itu anda juga boleh bersedia membawa pakaian yang sesuai ketika melancong.
TUKARAN MATAWANG
Jika ke luar negara, pastikan anda membawa duit yang cukup. Periksa purata harga barang di negara yang anda kunjungi supaya dapat membuat belanjawa dengan tepat. Jangan terkejut jika harga sebotol air sangat mahal berbanding negara sendiri. Memang benar perjalanan kini lebih mudah tanpa membawa wang tunai. Namun harus bersedia dengan wang tunai kerana mungkin diperlukan ketika kecemasan.
TIPS: JANGAN LUPA JUGA UNTUK MUAT NAIK APLIKASI BERKAITAN DI TELEFON PINTAR SEPERTI KAMUS BAHASA, GOOGLE MAP ATAU SEBARANG APLIKASI MENEMPAH PENGINAPAN.
Sumber : https://wowmalaysia.com.my/perkara-yang-perlu-kaji-sebelum-melancong/

0 comments: