Wednesday, October 31, 2018

kereta sewa kota kinabalu - Budi bahasa tarik pelancong

kereta sewa kota kinabalu - Budi bahasa tarik pelancong
Peningkatan jumlah pelancongan dan pendapatan menerusi bidang ini ada kaitannya dengan kempen Tahun Melawat Malaysia yang pernah kita adakan sebanyak tiga kali. Kempen pertama pada tahun 1990, diikuti kali kedua pada 1994 dan kali terakhir 2007 dan dilanjutkan kepada 2008 oleh sebab berlakunya banjir besar di selatan tanah air.
Industri ini menyumbang pendapatan tinggi kepada negara. Pelancong yang datang membelanjakan wang ringgit mereka untuk tujuan penginapan, pengangkutan, makan minum dan juga cenderahati. Agak rugi jika bilangan pelancong berkurangan. Oleh sebab kita juga banyak melabur modal dalam bidang ini. Kita perlu menjadikan destinasi pelancongan negara kita kekal dan mantap dalam semua aspek.
Industri pelancongan yang berkaitan dengan tempat menarik seperti pantai, tanah tinggi, rekreasi dan tempat bersejarah di negara kita memerlukankelangsungan konsep 4P sebagai usaha meningkatkan imej bidang berkenaan. Konsep 4P merangkumi promosi, produk pelancongan, prasarana dan penyertaan serta penerimaan masyarakat. Usaha memperbaiki dan memperkemas jentera pelancongan memerlukan keempat-empat konsep ini supaya industri pelancongn dapat menjana pendapatan negara.
Kita terpaksa mengadakan pelbagai kempen untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan industri pelancongan termasuk usaha untuk memperbaiki sikap kita untuk memajukan industri ini. Ini termasuklah kempen berkaitan kebersihan tandas, penjagaan sungai, sayangi hutan, budi bahasa dan sebagainya.
Terkini, kita dapati Kempen Budi Bahasa Budaya Kita akan diaktifkan semula dan membabitkan pelbagai agensi. Kempen ini sangat bersesuaian dengan pemantauan semula nilai murni apatah lagi dalam bidang pelancongan. Nilai murni yang diamal dan diperlihatkan oleh pelbagai pihak berkaitan pelancongan dan juga masyarakat akan menjadi kayu ukur maju mundurnya bidang pelancongan.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita ada kaitan dengan penyertaan dan penerimaan masyarakat negara kita dalam bidang pelancongan. Ini bermakna orang ramai turut serta dalam bidang ini terutamanya menyokong industri pelancongan dengan membabitkan diri dalam pelbagai perkara berkaitan dan bagaimana cara masyarakat kita menerima kedatangan pelancong dari negara luar ke negara kita.
Industri pelancongan menyumbang sekurang-kurangnya dua juta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Angka ini akan bertambah dari semasa ke semasa jika kita bijak menjaga industri ini memandangkan negara kita tidak menghadapi masalah bencana alam seperti kemarau, gempa bumi, gunung berapi dan taufan.
Dalam bidang pelancongan, kempen berkaitan budi bahasa dan nilai murni boleh dipaparkan menerusi sikap ramah-tamah kita dengan pelancong, melemparkan senyuman kepada mereka dan juga membantu pelancong yang menghadapi kesukaran ketika berada di negara kita.
Kesimpulannya insutri pelancongan yang memberi pendapatan besar kepada negara perlu dijaga dengan baik, malah wajar diteroka pelbagai bidang baru berkaitan pelancongan supaya industri ini memantapkan lagi ekonomi negara.
sumber maklumat: Harian Metro
credit  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/9115-bud..

0 comments: