Sunday, February 25, 2018

Kereta.Sewa Sabah : Kesilapan Menyewa Kereta

Tips Menyewa Kereta: Kesilapan Yang Sering Dilakukan

Topik tips menyewa kereta: Merancang untuk meneroka tempat asing merupakan satu perasaan yang mencabar ketika melakukan perancangan aktiviti percutian di Sabah.
Meskipun ramai orang mungkin bergantung kepada sewaan kereta atas pelbagai sebab.
Seperti percutian atau keperluan sementara bagi menunggu kereta mereka yang berada di bengkel, tidak menghairankan apabila ramai orang membuat kesilapan yang boleh merugikan mereka ketika memilih kereta sewa.
Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan biasa sewa kereta untuk dielakkan apabila menyewa kereta.
Meskipun ianya kelihatan agak jelas, namun masih ramai yang mengabaikan langkah ini ketika mencari kereta pilihan dengan harapan boleh mendapatkan kereta budget mereka dalam beberapa minit sahaja.
Apa yang sering terjadi ialah kereta budget yang diimpikan tiada dalam senarai (sudah disewakan), dan akibatnya mereka terpaksa menyewa kereta yang jauh lebih mahal kadarnya.
Ini adalah untuk pelancong dari negara luar dimana anda tentunya tidak ingin sibuk mencari dan membuat panggilan kepada setiap syarikat sewa kereta yang ada semasa percutian anda
Adalah satu kebiasaan untuk gagal mendapatkan kereta sewa terutamanya pada musim perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru.
Ambil sedikit masa untuk melakukan penyelidikan bagi mencari dan mendapatkan tawaran terbaik.
Memandangkan perkhidmatan sewa kereta di hampir semua destinasi pelancongan adalah amat berdaya saing, anda pastinya inginkan yang boleh menawarkan perkhidmatan dan khidmat pelanggan yang baik pada harga yang berpatutan atau tawaran istimewa lain yang anda tidak ketahui.
Kadar sewa yang murah mungkin amat menggoda namun sentiasa cari kemungkinan lain seperti khidmat bantuan kecemasankualiti kereta dan juga servis yang cekapserta menepati masa.
Juga berjaga-jaga dengan kos penghantaran dan seandainya itu adalah daripada sumber yang boleh dipercayai.
Kenyataannya hampir sukar untuk berunding dengan pelbagai pengusaha kereta sewa yang boleh dipercayai untuk memberi anda ketenangan fikiran.

Satu lagi kesilapan biasa sewa kereta untuk dielakkan ialah semak keadaan kereta sewaanda dan juga perjanjian penyewaan anda!
Sahkan bahawa kereta yang anda sewa berada dalam keadaan baik dan berjaga-jaga sekiranya ada calar atau remuk yang bukan kesalahan anda.
Jika anda temui apa-apa, dengan sopan beritahu ejen supaya anda tidak akan dipertanggungjawabkan kemudian atas kerosakan tersebut.
Periksa juga minyak yang dibekalkan samada ianya seperti yang dinyatakan dalam perjanjian dan jangan takut untuk meneliti butir-butir perjanjian tersebut bersama ejen anda.
Mereka berada di sana untuk membantu anda.
Sumber n credit : https://www.sabahtrans.com/tips-menyewa-kereta/

0 comments: