Sunday, February 18, 2018

Kereta Sewa Kota Kinabalu - Takut Travel?

Takut untuk mengembara adalah satu perasaan yang disebabkan oleh beberapa perkara sama ada secara sedar ataupun tidak. Biasanya ia melibatkan kewangan, keselamatan dan persekitaran. Namun, perasaan ini boleh dielakkan jika individu yang merasainya berusaha mengatasi perasaan tersebut.Menurut kajian yang dibuat,perasaan takut mengembara ini timbul kerana terlalu obses dengan cerita-cerita yang dikeluarkan oleh media ataupun pengalaman orang lain. Hal tersebut secara tidak langsung telah membunuh keinginan dan sifat ingin tahu tentang sesuatu destinasi percutian indah yang pernah bermain di minda. Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi seseorang sehingga dia takut untuk mengembara;

Ketakutan Yang Mengerikan

Ketakutan ini biasanya terhasil daripada imaginasi yang bukan-bukan ataupun terpengaruh dengan filem-filem aksi yang ditonton. Contohnya macam bertemu dengan individu yang menjengkelkan ketika sedang menikmati percutian atau ditipu oleh pemandu teksi yang kasar dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa yang difahami.

Ketakutan Yang Tidak Diketahui

Perasaan ini lebih berbahaya dari yang pertama tadi kerana ia adalah punca seseorang itu memadamkan terus impian untuk mengembara. Ketakutan sebegini tidak diketahui puncanya. Biasanya ia dipengaruhi oleh potensi ataupun konteks individu itu sendiri terhadap definisikan kembara.

Namun, semua jenis perasaan takut itu boleh diatasi

Individu yang merasainya hanya perlu menguatkan semangat dan menetapkan minda sahaja. Di samping itu, belajar menerima dan memahami situasi tertentu sesuatu tempat ataupun keadaan semasa yang berlaku juga diyakini dapat membantu menangani masalah takut untuk mengembara.

Takut travel boleh disifatkan sebagai satu perasaan yang sukar difahami.

Mereka yang mengalaminya pasti akan berkata, “Tak kena pada batang hidung sendiri, mana kau tahu!” Hakikatnya, takut macam juga gembira. Ia merupakan satu perasaan semula jadi yang memang ada dalam setiap diri manusia. Sampai masanya, rasa tersebut pasti akan hilang.
Sumber : http://www.libucrewr.com.my/takut-travel-sampai-bila/amp/

0 comments: