Kereta Sewa Sabah Termurah

Harga yang ditawarkan berpatutan dengan peluang dan bajet anda.

Kereta Sewa Sabah

Kami menyediakan khidmat untuk anda melakukan perjalanan yang dirancang sepanjang anda di Sabah.

Hubungi kami

untuk mendapatkan khidmat terbaik anda selama berada di Sabah. Saksi dan alami sendiri pengalaman di kawasan sejuk, shopping dan keenakan makanan laut sabah.

Pilihan Terbaik

Ramai yang sudah bersama kami dan yakin dengan khidmat yang kami tawarkan.

Keindahan Panorama

Terkenal dengan tempat-tempat yang menarik dan menawan

Wednesday, December 12, 2018

Kereta Sewa Sabah – 10 Pulau Tercantik di Sabah | | Kereta Sewa Sabah

Kereta Sewa Sabah – 10 Pulau Tercantik di Sabah | | Kereta Sewa Sabah: Jon tengok keindahan pulau-pulau sabah



https://www.youtube.com/watch?v=Yz4Fh58Ufmk



Credit :kamalagoplay

Tuesday, December 11, 2018

Kereta Sewa Sabah – Family Trip (4H3M) | | Kereta Sewa Sabah

Kereta Sewa Sabah – Family Trip (4H3M) | | Kereta Sewa Sabah: Top Pakej 4H3M Tq Family En. Adnan From Johor...Traveling With Us.. Transport + Driver + Homestay/Hotel + Entrance Fee + Island Trips Kundasang - Dairy Farm, Arnab Village, Cat Village, Luanti Fish Massage, War Memorial, Tempohon Gate and More..more..more) KK - Pulau2, seafood todak, filifina market, muzium sabah and more..more..more...) Call and get more Offer : 0138680176 Webiste : Email : admin@grandriches.net

Monday, December 10, 2018

Kereta Sewa Sabah – Travel Is Fun | | Kereta Sewa Sabah

Kereta Sewa Sabah – Travel Is Fun | | Kereta Sewa Sabah:

"Adventure is worthwhile." – Aesop

"Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller." – Ibn Battuta

"We travel, some of us forever, to seek other places, other lives, other souls." – Anais Nin

"A journey is best measured in friends, rather than miles." – Tim Cahill

"The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands." – Sir Richard Burton

"I am not the same, having seen the moon shine on the other side of the world." – Mary Anne Radmacher "Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world." – Gustave Flaubert

"We travel not to escape life, but for life not to escape us." – Anonymous

"The man who goes alone can start today; but he who travels with another must wait till that other is ready." – Henry David Thoreau

"Man cannot discover new oceans unless he has the courage to lose sight of the shore." – Andre Gide "The use of traveling is to regulate imagination with reality, and instead of thinking of how things

Monday, November 26, 2018

Kereta Sewa Sabah – Tahniah Graduan UMS 2018 | | Kereta Sewa Sabah

Kereta Sewa Sabah – Tahniah Graduan UMS 2018 | | Kereta Sewa Sabah: Tahniah Kami ucapkan kepada semua granduan UMS tahun 2018 yang telah menamatkan pengajian masing-masing. Semoga anda bakal mencipta kejayaan seterus dimasa-masa akan datang. Sesungguhnya jerit perih dalam menuntut ilmu adalah kemanisan disaat kejayaan diraih. Yang menggunakan khidmat kami, ingatlah kami antara penyumbang kejayaan anda dalam mencipta kenangan anda di UMS. Terima Kasih dan semoga berjaya.

Tuesday, November 6, 2018

Kereta sewa kota kinabalu - Entrance Fee Sabah

Kereta sewa kota kinabalu - Entrance Fee Sabah

Cek harga untuk kemudahan anda. Harga tiket lawatan bagi memudahkan perbelanjaan anda dan membuat bajet untuk ke lokasi terpilih di sabah



Sunday, November 4, 2018

Kereta sewa kota kinabalu murah - Trip sapi/manukan

Kereta sewa kota kinabalu murah - Trip sapi/manukan


Click link below for more information :

https://grandriches.net/trip/island-trip/

Friday, November 2, 2018

Kereta sewa kota kinabalu murah - Mudah

Kereta sewa kota kinabalu murah - mudah

Just nak wish...selamat pagi....hv nive days...tq to visit page..

Wednesday, October 31, 2018

kereta sewa kota kinabalu - Budi bahasa tarik pelancong

kereta sewa kota kinabalu - Budi bahasa tarik pelancong
Peningkatan jumlah pelancongan dan pendapatan menerusi bidang ini ada kaitannya dengan kempen Tahun Melawat Malaysia yang pernah kita adakan sebanyak tiga kali. Kempen pertama pada tahun 1990, diikuti kali kedua pada 1994 dan kali terakhir 2007 dan dilanjutkan kepada 2008 oleh sebab berlakunya banjir besar di selatan tanah air.
Industri ini menyumbang pendapatan tinggi kepada negara. Pelancong yang datang membelanjakan wang ringgit mereka untuk tujuan penginapan, pengangkutan, makan minum dan juga cenderahati. Agak rugi jika bilangan pelancong berkurangan. Oleh sebab kita juga banyak melabur modal dalam bidang ini. Kita perlu menjadikan destinasi pelancongan negara kita kekal dan mantap dalam semua aspek.
Industri pelancongan yang berkaitan dengan tempat menarik seperti pantai, tanah tinggi, rekreasi dan tempat bersejarah di negara kita memerlukankelangsungan konsep 4P sebagai usaha meningkatkan imej bidang berkenaan. Konsep 4P merangkumi promosi, produk pelancongan, prasarana dan penyertaan serta penerimaan masyarakat. Usaha memperbaiki dan memperkemas jentera pelancongan memerlukan keempat-empat konsep ini supaya industri pelancongn dapat menjana pendapatan negara.
Kita terpaksa mengadakan pelbagai kempen untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan industri pelancongan termasuk usaha untuk memperbaiki sikap kita untuk memajukan industri ini. Ini termasuklah kempen berkaitan kebersihan tandas, penjagaan sungai, sayangi hutan, budi bahasa dan sebagainya.
Terkini, kita dapati Kempen Budi Bahasa Budaya Kita akan diaktifkan semula dan membabitkan pelbagai agensi. Kempen ini sangat bersesuaian dengan pemantauan semula nilai murni apatah lagi dalam bidang pelancongan. Nilai murni yang diamal dan diperlihatkan oleh pelbagai pihak berkaitan pelancongan dan juga masyarakat akan menjadi kayu ukur maju mundurnya bidang pelancongan.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita ada kaitan dengan penyertaan dan penerimaan masyarakat negara kita dalam bidang pelancongan. Ini bermakna orang ramai turut serta dalam bidang ini terutamanya menyokong industri pelancongan dengan membabitkan diri dalam pelbagai perkara berkaitan dan bagaimana cara masyarakat kita menerima kedatangan pelancong dari negara luar ke negara kita.
Industri pelancongan menyumbang sekurang-kurangnya dua juta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Angka ini akan bertambah dari semasa ke semasa jika kita bijak menjaga industri ini memandangkan negara kita tidak menghadapi masalah bencana alam seperti kemarau, gempa bumi, gunung berapi dan taufan.
Dalam bidang pelancongan, kempen berkaitan budi bahasa dan nilai murni boleh dipaparkan menerusi sikap ramah-tamah kita dengan pelancong, melemparkan senyuman kepada mereka dan juga membantu pelancong yang menghadapi kesukaran ketika berada di negara kita.
Kesimpulannya insutri pelancongan yang memberi pendapatan besar kepada negara perlu dijaga dengan baik, malah wajar diteroka pelbagai bidang baru berkaitan pelancongan supaya industri ini memantapkan lagi ekonomi negara.
sumber maklumat: Harian Metro
credit  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/9115-bud..

Kereta sewa kota kinabalu - Tingkatkan kedatangan pelancong

Kereta sewa kota kinabalu - Tingkatkan kedatangan pelancong

CARA MENINGKATKAN BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA :

credit : http://cikgublog12.blogspot.com/2012/05/cara-meningkatkan-bilangan-kedatangan.html

TEMA : PELANCONGAN

CARA MENINGKATKAN BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA :
Daya tarikan sektor pelancongan di Malaysia ]

1. Perkhidmatan hospitaliti bertaraf antarabangsa
2. Infrastruktur pelancongan yang moden serta sistem pengangkutan yang selesa
3. Kaya dengan masyarakat majmuk ( kebudayaan, kesenian dan agama )
4. Makanan yang menyelerakan
5. Destinasi pelancongan yang menarik
6. Homestay
7. Ekopelancongan
8. Warisan sejarah
9. Pantai dan pulau yang indah
10. Pusat beli-belah yang moden.

FAEDAH MELANCONG DI DALAM NEGARA

1. Dapat mendalami pengetahuan tentang hal-ehwal negara kita.
2. Membantu perkembangan industri pelancongan tempatan
3. Boleh menjimatkan kos perbelanjaan
4. Mengurangkan pengaliran keluar wang negara
5. Mempertingkat rasa cinta akan negara
6. Keselamatan lebih terjamin di dalam negara

FAKTOR MENDORONG PELANCONGAN DOMESTIK

1. Peningkatan pendapatan isi rumah
2. Kualiti hidup yang lebih baik
3. Penawaran harga kompetitif oleh syarikat penerbangan tambang murah dan MAS
4. Pakej percutian domestik yang berpatutan
5. Pelaksanaan masa bekerja lima hari seminggu
6. Dapat berjimat cermat ekoran krisis kenaikan harga minyak

Tuesday, October 30, 2018

Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah - Tips Hal Penting Melancong

Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah

SETIAP kali sebelum pergi melancong pastinya semua akan rasa teruja untuk merasa satu pengalaman baharu. Apa lagi jika ke tempat yang tidak pernah anda kunjungi sebelum ini. Banyak perkara yang mahu anda cuba dan teroka.
Perancangan yang bijak harus dilakukan supaya perjalanan anda berjalan lancar. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum pergi melancong. WOWMalaysia senaraikan apa kajian yang perlu anda buat terlebih dahulu.
Zaman sekarang ini semuanya di hujung jari. Banyak maklumat yang boleh anda peroleh di internet. Anda juga boleh merujuk kepada rakan-rakan yang punya pengalaman tentang sesebuah negara. Semoga tips ini bermanfaat.
TEMPAT MENARIK
Luangkan sedikit masa untuk melihat apa tarikan di negara yang akan anda kunjungi. Jangan lepas peluang untuk pergi ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Penting untuk anda tahu adakah sesuatu tempat itu memerlukan bayaran masuk atau tidak supaya dapat menyediakan belanjawan. Selain itu anda boleh merancang masa dengan melihat jarak sesuatu tempat dari hotel penginapan.
MAKANAN
Kata orang rugi jika anda tidak merasa masakan tempatan jika melancong. Cuba periksa apa menu menarik di sesebuah negara dan restoran yang wajib dikunjungi. Ada juga menu tempatan yang tidak kena dengan selera sendiri. Jadi ada boleh membawa bekalan makanan dalam tin dari rumah.
PENGINAPAN/PENGANGKUTAN
Pemilihan tempat menginap sangat penting jika melancong. Pastinya anda mahukan tempat yang selesa setelah penat berjalan. Pilih tempat yang sesuai untuk kemudahan sendiri. Jika anda mahu berehat, boleh menginap di hotel yang jauh dari kesibukan kota. Sebaliknya kalau mahu dekat dengan kemudahan awam, pilihlah lokasi penginapan di kawasan tumpuan ramai.
Soal pengangkutan juga tidak boleh ambil mudah. Sekiranya anda sudah menempah pemandu pelancong tidak ada masalah. Namun bagi mereka yang lebih suka menggunakan kenderaan awam, pastikan anda tahu mana hala tuju dan stesen terdekat. Lebih mudah jika ada memuat naik aplikasi kereta sewa di telefon pintar.
CUACA
Jangan disebabkan mahu tiket penerbangan murah anda pergi melancong tidak mengikut masa yang sesuai. Periksa ramalan cuaca di destinasi tujuan anda. Ada negara yang mungkin mengalami hujan sepanjang hari atau ribut salji. Selain itu anda juga boleh bersedia membawa pakaian yang sesuai ketika melancong.
TUKARAN MATAWANG
Jika ke luar negara, pastikan anda membawa duit yang cukup. Periksa purata harga barang di negara yang anda kunjungi supaya dapat membuat belanjawa dengan tepat. Jangan terkejut jika harga sebotol air sangat mahal berbanding negara sendiri. Memang benar perjalanan kini lebih mudah tanpa membawa wang tunai. Namun harus bersedia dengan wang tunai kerana mungkin diperlukan ketika kecemasan.
TIPS: JANGAN LUPA JUGA UNTUK MUAT NAIK APLIKASI BERKAITAN DI TELEFON PINTAR SEPERTI KAMUS BAHASA, GOOGLE MAP ATAU SEBARANG APLIKASI MENEMPAH PENGINAPAN.
Sumber : https://wowmalaysia.com.my/perkara-yang-perlu-kaji-sebelum-melancong/

Monday, October 29, 2018

kereta sewa kota kinabalu murah - tip jimat

Kereta sewa kota kinabalu murah - tip jimat

1. Mahu dapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
#TipJimat: Rajinkan diri anda untuk membuka laman web AirAsia/MAS bagi memilih offer dan harga runtuh untuk tiket paling murah.

2. Mahu jimatkan pembelian makanan..
Tiada tip terbaik sebab makanan di sabah nih...fresh sama sekali..terutama makanan laut.
#TipJimat: kawal pembelian makanan anda..jgn tak makan pula.

3. Mahu jjimatkan harga hotel.
#TipJimat:  anda boleh memilih untuk bermalam di hotel-hotel backpacker yg disediakan. Banyak hotel-hotel bertaraf 3 bintang yang harga menjimatkan anda.

4. Jimatkan kos perbelanjaan
#Tip Jimat : Sewa kenderaan bersama kami...hehehe.... Call 0138680176

Kereta sewa kota kinabalu murah - Galakan melancong


kereta sewa kota kinabalu murah

Kenapa Islam galakan melancong & jadikannya satu ibadah

sumber n kredit  https://muslimtravelbug.com/kenapa-islam-galakan-melancong-jadikannya-satu-ibadah/





  • Melancong merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat melepaskan tekanan serta berehat setelah penat bekerja. Islam tidak pernah melarang umatnya melancong asalkan ianya tidak melanggar syarak atau membawa kepada dosa. Oleh sebab itu, di dalam Islam turut menggariskan beberapa perkara yang perlu di titik beratkan oleh setiap muslim agar aktiviti melancong yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Di sini admin akan kongsikan kenapa Islam menggalakkan kita melancong dan bagaimana hendak jadikan melancong sebagai satu ibadah.
Kenapa Islam galakkan umatnya menjelajah ke satu dunia:
Haji atau Umrah
Perjalanan adalah penting kepada banyak aspek ‘rohani’ Islam. Terutama untuk menunaikan haji atau umrah ianya merupakan salah satu daripada rukun Islam yang patut kita amalkan. Jadi kita kita di syorkan ke Mekah untuk melaksanakan ibadat. Oleh itu, dapat gariskan bahawa Islam mengalakan melancong kerana untuk mencipta satu pengalaman baru yang dapat kita. Seorang musafir muslim Ibn Battuta dan juga penjelajah Victoria Richard Burton menulis tentang dalam catatan beliau. Haji dan Umrah juga melibatkan banyak ritual gerakan dan perjalanan, seperti tawafs (awal dan perpisahan) di sekitar Ka’bah, perjalanan antara Saf’a dan Mar’wa, dan perjalanan (hanya Haji) ke Mina, Gunung Arafat dan Muzdalifah. Setiap daripada ini menuntut peziarah bermeditasi dan mencerminkan sementara bergerak.
Nabi (saw)
Pelancongan secara terbuka digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW disebabkan untuk melihat bagaimana untuk mencari ilmu pengetahuan. Rasulullah SAW mengalami perjalanan rohani sendiri seperti perjalanan malam Israj & Miraj di mana dinaikkan ke tujuh Langit, bertemu para nabi sebelum dan menerima arahan dari Allah tentang doa harian. Perjalanan ini, yang paling dipercayai oleh para sarjana yang berlaku sebelum beliau berpindah ke Madinah, bertujuan untuk menguatkan keputusannya dan keyakinan batin tentang kenabiannya sendiri. Akhirnya, banyak masa pembentukan nabi dibelanjakan dengan perjalanan perniagaan keluarganya di seluruh Timur Tengah. Perjalanan ini kemudiannya mempunyai kesan mendalam terhadap keupayaan baginda untuk menghormati perbezaan budaya lain.
Kenali diri
Bercakap dengan sesiapa yang telah ‘mengembara’, terutamanya pelancong solo dan anda akan terpesona oleh keyakinan diri mereka, berfikiran terbuka dan sejauh mana mereka kelihatan mengenali diri mereka sendiri. Perjalanan membuat anda lebih baik, kerana ia membawa anda keluar dari zon selesa anda dan memaksa anda untuk bertanya tentang siapa anda, kenapa anda dan apa anda. Sebagai umat Islam kita percaya akan ada masa kita harus berdiri sendiri di hadapan Pencipta kita dan diperiksa secara silang. Perjalanan membolehkan anda menyiasat diri sendiri tanpa harapan masyarakat, budaya, agama dan keluarga. Mereka yang telah melakukan ini akan memberitahu anda bahawa tidak ada yang lebih membebaskan daripada hanya memiliki harapan anda sendiri.

Bagaimana untuk melakukan melancong menjadi satu ibadah:
 Jaga akhlak dan aqidah anda semasa melancong
Semasa melancong juga kita diseru agar tidak berkelakuan buruk apatah lagi melibatkan diri dalam kehinaan seperti melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Malah nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong dan menjaga kebersihan adalah dituntut sama sekali. Kepentingan ilmu agama sangat penting kepada setiap antara kita dan ilmu ini perlulah sentiasa diperbaharui. Ini kerana ilmu-ilmu berkaitan Islam dapat memandu kita dalam melakukan sesuatu agar tidak bertentangan dengan Islam dan menyelamatkan aqidah kita dari dirosakkan oleh anasir-anasir todak baik.
Mengambil iktibar dari tempat yang kita jejaki
Melancong juga memberi kesempatan untuk melihat masyarakat sekitar. Melalaui melancong, kita dapat melihat masyarakat yang dirundung kemunduran, perbalahan sesama sendiri dan masalah jenayah yang berlelusa. Apa yang dilihat itu dapat memberi pengajaran untuk melihat dalam diri sendiri. Kita akan berasa bersyukur dapat hidup di negara aman damai ini. Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat muslim lain dan juga merupakan hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama.
Kesimpulannya, melancong ialah sebahagian daripada proses pembelajaran. Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T dan sebaliknya jika kita berniat kepada perkara-perkara keburukan. Mari kita sama-sama jadikan aktiviti melancong kita sesuatu yang diberkati Allah dan jangan pula sampai kita terleka dengan cuti ini, tingkatkan juga amalan kita kepada Allah.
Kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej istimewa kepada anda, jika berminat boleh hubungi kami di Pakej Muslimtravelbug. Bagi anda yang was-was untuk melancong ke luar negara, jangan risau kami akan  memastikan segala keperluan anda akan di patuhi.
Kredit : https://ilmfeed.com/11-reasons-why-muslims-should-travel/

Sunday, October 28, 2018

kereta sewa kota kinabalu - Home

kereta sewa kota kinabalu murah - home

agi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
PERBEZAAN
Ramai yang bertanyakan apa perbezaan antara pasport dan visa. Secara ringkas, pasport merupakan satu dokumen sah bagi membenarkan seseorang rakyat negara terbabit untuk melancong ke luar negara. Pasport meliputi identiti seseorang termasuk gambar, tandatangan dan perihal diri yang penting. Visa pula kebenaran untuk masuk ke sebuah negara asing dalam satu tempoh yang tertentu. Biasanya, visa di cap di pasport pemilik tersebut.
PASPORT
Syarat utama, anda haruslah warganegara Malaysia. Terdapat dua bayaran iaitu RM100 untuk tempoh dua tahun dan RM300 untuk tempoh lima tahun. Bagi bayaran warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah), bayaran RM80 untuk tempoh dua tahun dan RM150 untuk tempoh lima tahun dikenakan. Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran separuh harga pula hanya dibenarkan untuk remaja yang belum sampai 21 tahun  yang sedang belajar di luar negara. Kemudian anda hanya perlu ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
VISA
Permohonan visa pula boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atas Imigresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British bagi negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia. Untuk mendapatkan visa, dokumen seperti pasport yang masih laku, salinan borang tertentu, gambar dan tiket penerbangan perlu ada. Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada laman www.imi.gov.my.

Haa… Tunggu apa lagi? Sudah ada dokumen perjalanan sah, jangan lupa bagasi dan perkara-perkara penting untuk dibawa bersama. Pastikan anda membuat salinan dokumen, kurangkan membawa wang tunai sebaliknya guna kad kredit atau cek kembara. Lebih selamat jika anda berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan tersesat sendirian di bumi asing. Sekali lagi,  buku merah jangan lupa bawa. Itu benda paling penting untuk keluar melancong.

Sumber :http://www.libur.com.my/perkara-penting-sebelum-melancong/amp/



Saturday, October 27, 2018

Kereta sewa kota kinabalu murah

Kereta sewa kota kinabalu murah

boleh juga melayari website kami di pautan berikut

https://grrentcar.business.site/?m=true




Kereta sewa kota kinabalu murah

Kereta sewa kota kinabalu murah

Call : 90138680176

Kereta sewa kota kinabalu murah - Home

Kereta sewa kota kinabalu Murah - Home

Kami menyediakan khidmat untuk para pelanggan kami dengan harga yang sangat berpatutan serta diskaun yang masuk akal. Yang penting service kenderaan kami dalam keadaan terbaik..kami tidak mahu menjanjikan bulan bintang...yang penting jom bersam kami dan anda nilaikan sendiri

Call : 0138680176 utk maklumat lanjut berkaitan transport & Travel di kota kinabalu

Join my group on Messenger by visiting: https://m.me/join/AbYTdqQExcmdCgiO

Friday, October 26, 2018

Kereta sewa kota kinabalu murah - Tarikh Konvo UMS 2018

NAH MASANYA HAMPIR TIBA..HUBUNGI KAMI UNTUK KEMUDAHAN ANDA BAGI MENGURUS PENGALAMAN TERBAIK DLM HIDUP ANDA


Kereta sewa kota kinabalu murah - Tarikh Cuti Sekolah Akhir Tahun 2018

Kereta sewa kota kinabalu murah

Kumpulan B

(Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
Takwim SekolahMulaAkhir
Cuti Pertengahan Penggal 117 Mac 2018
(Sabtu)
25 Mac 2018
(Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun9 Jun 2018
(Sabtu)
24 Jun 2018
(Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 218 Ogos 2018
(Sabtu)
26 Ogos 2018
(Ahad)
Cuti Akhir Tahun24 Nov 2018
(Sabtu)
1 Jan 2019
(Selasa)

Sewa Kereta Kota Kinabalu Murah

SEWA KERETA  KOTA KINABALU 2018

Perkhidmatan kereta sewa or car rental bagi Kota Kinabalu dan Putatan dengan harga yang menarik. Kereta dalam keadaan selesa, selamat dan memuaskan sebelum diserahkan kepada pelanggan. Boleh disewa secara harian, mingguan dan bulanan dengan harga yang istimewa. Berminat boleh hubungi Us. Zahar 0138680176 /
(sms/call), ataupun email zhasksg@gmail.com
terbaik boh

Kereta sewa kota kinabalu murah 2018

Sebuah Syarikat Perkhidmatan Kereta Sewa Yang Menjadi Pilihan Ramai Di Sabah Kerana Menyediakan Pelbagai Jenis Dan Pilihan Kenderaan Mengikut Citarasa Penyewa Pada Harga Yang Amat-Amat Berpatutan

Motto Kami : "We Do It Your Priority" menjadi keutamaan kepada kami dalam memastikan kepuasan pelanggan kami.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Mungkin disebabkan ianya tidak begitu popular atau kurang dipromosikan. Jom ke Sabah untuk berkunjung ke tempat yang menarik ataupun mungkin berbaloi untuk anda kunjungi terutamanya pada musim cuti.

Mungkin juga ketika ini anda berada di Kota Kinabalu atas urusan tertentu dan berhasrat untuk menghilangkan rasa bosan anda atau ingin bersantai setelah selesai melaksanakan tugasan ‘outstation’ anda dan anda masih mempunyai banyak masa yang terluang, paling sesuai untuk anda boleh sampai ke tempat yang dihajati

Thursday, October 25, 2018

Kereta Sewa Kota Kinabalu - Mudah dan Murah

Kereta Sewa Kota Kinabalu

Mencari Perkhidmatan Kereta Sewa Yang Terbaik Adalah Satu Proses Yang Sangat Mencabar. Seringkali Kita Berhadapan Dengan Kualiti Kereta Sewa Dan Layanan Yang Sangat Tidak Memuaskan.

 call sekarang : 0138680176

Kereta sewa kota kinabalu murah - Terbaik

Hujung minggu nak berjalan2 dgn keluarga tersayang tp muatan tak mencukupi?😣 Perlukan MPV utk disewa? Emm🤔
.
Haaa! Jangan bimbang, jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Jom sewa EXORA dgn kami!
Masih available utk hujung minggu ini tau 😍
Sewa 3 hari dan ke atas dapat harga pakej hokay!
Menarik ke sangat menarik?
Apa tunggu lagi tu??! 


CALL : 013 868 0176

Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah


Sunday, October 7, 2018

Murah kereta sewa sabah

https://grandriches.net/ 

Contact       : 0138680176 (US. ZAHAR RASHID)


Friday, October 5, 2018

Murah Kereta Sewa Kota Kinabalu Mudah (0138680176): Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu

Murah Kereta Sewa Kota Kinabalu Mudah (0138680176): Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu: Senarai Destinasi perlancongan di Kota Kinabalu Pasar Tamu Dongonggon Menara Tun Mustapha Muzium Negeri Sabah Masjid Negeri Sabah...

Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu

Senarai Destinasi perlancongan di Kota Kinabalu
  • Pasar Tamu Dongonggon
  • Menara Tun Mustapha
  • Muzium Negeri Sabah
  • Masjid Negeri Sabah
  • Pantai Tanjung Aru
  • Karambunai Resort
  • Sutera Harbour Resort
  • Padang Merdeka Kota Kinabalu
  • Menara Jam Atkinson
  • Taman Zoologi
  • Muzium Tamadun Islam
  • Tinggalan Rumah Besar Kinarut
  • Memorial Perang Petagas
  • Galeri Tun Mustapha
  • Kampung Budaya Monsopiad
  • Karambunai Resorts Golf Club
  • Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
  • Menara Jam Atkinson
  • Menara Tun Mustapha
  • Orchid de Villa
  • Pasar Kraf tangan
  • Lawatan ke Kilang Kopi Cap Kuda
  • Platform Pemerhatian Bukit Signal
  • Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari
  • Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
  • Sabah Golf & Country Club
  • Sutera Harbour Golf & Country Club
  • Taman Penyembuhan Tradisional Ka’andaman
  • Tamu Mingguan Jalan Gaya
  • Tamu Penampang
  • The Waterfront

Tuesday, October 2, 2018

Murah Kereta Sewa Kota Kinabalu

Assalam..Kami menawarkan murah, mudah dan pantas dalam melaksanakan tanggungjawab sosial memenuhi kehendak para pelanggan kami. Penyewaan kereta di kota kinabalu merupakan keperluan untuk anda bercuti, melancong, bekerja dan sebagainya.

Dengan harga yang menarik, kenderaan adalah dipastikan dalam keadaan bersih dan terbaik untuk anda. Sewa melebihi 3 hari tentulah ada diskaun yang istimewa. Murah Kereta Sewa Kota Kinabalu dengan penghantaran percuma di KKIA dan di Kota Kinabalu menjanjikan keselesaan anda tercapai

Wednesday, September 26, 2018

Kereta Sewa Kota Kinabalu....Join Us!!

Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan. 
 
Pilihan-pilihan kami sangat sesuai untuk anda yang berkunjung di sabah. Dengan kos yang minima anda berpeluang menikmati keindahan bumi di bawah bayu. Kami berusaha untuk menjadikan percutian anda kenangan yang terbaik dan pengalaman bersama kami.

Sunday, September 23, 2018

Welcome to Our Land Borneo

Sebuah Syarikat Perkhidmatan Kereta Sewa Yang Menjadi Pilihan Ramai Di Sabah Kerana Menyediakan Pelbagai Jenis Dan Pilihan Kenderaan Mengikut Citarasa Penyewa Pada Harga Yang Amat-Amat Berpatutan
Motto Kami : "We Do It Your Priority" menjadi keutamaan kepada kami dalam memastikan kepuasan pelanggan kami.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Mungkin disebabkan ianya tidak begitu popular atau kurang dipromosikan. Jom ke Sabah untuk berkunjung ke tempat yang menarik ataupun mungkin berbaloi untuk anda kunjungi terutamanya pada musim cuti.
Mungkin juga ketika ini anda berada di Kota Kinabalu atas urusan tertentu dan berhasrat untuk menghilangkan rasa bosan anda atau ingin bersantai setelah selesai melaksanakan tugasan ‘outstation’ anda dan anda masih mempunyai banyak masa yang terluang, paling sesuai untuk anda boleh sampai ke tempat yang dihajati

Tempat manarik di sabah


Tempat Menarik di Sabah – Kota Kinabalu & Kundasang

Tempat Menarik di Sabah | Rasanya tak perlu cerita panjang. Sudah tentu kalau pergi bercuti ke Sabah, lokasi utama adalah Kota Kinabaludan juga sekitar Kundasang.
Bagi memudahkan anda, kami sediakan beberapa tempat yang PATUT anda lawati semasa di Sabah nanti.
Tempat Menarik di Sabah
Ada dua (2) bahagian tempat menarik di Sabah yang akan kami kongsikan. Iaitu Tempat Menarik di Kota Kinabalu dan juga Tempat Menarik di Kundasang.
Tempat Menarik di Kota Kinabalu
Berikut adalah beberapa tempat menarik di Kota Kinabalu. Sebenarnya banyak lagi, tapi kalau kami tulis, bukan pergi pun. 😛
Lihat tempat menarik di Sabah di dalam MAPS. Peneragan tempat boleh baca di bawah.

Map data ©2018 Google

Map
5 km 

1. Pulau Sapi, Pulau Mamutik & Pulau Manukan
Pulau-pulau ini amat popular dikalangan pelancong, orang korea pun ramai. Kesemua pulau ini berdekatan dengan bandar KK.
Boleh beli pakej snorkeling atau tiket di kaunter Jeti Jesselton. Anggaran harga untuk snorkeling untuk 2 pulau adalah RM 60-RM 80 seorang.
Aktiviti lain, parasailing, fly fish ride, sea walking, scuba doo, jet ski, banana rides dan banyak lagi.
2. Pantai Tanjung AruTerletak lebih kurang 6KM dari bandar Kota Kinabalu. Boleh pergi waktu senja, bersiar-siar sambil tengok sunset.
3. Pasar Filipina
Amat popular untuk pelancong mendapatkan barangan cerderamata atau kraftangan seperti, mutiara, butang baju melayu, keychain, rantai, dan segala jenis aksesori wanita. Menariknya, semua murah-murah.
4. Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu
Syurga makanan laut. Murah-murah dan segar belaka. Paling menarik sotong bakar. Ada bajet lebih boleh cuba makan Lobster. Dan yang penting cuba juga ulam rumpai laut segar. Buka 5:30 PM – 11 PM
5. Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha adalah menara kaca 30 meter. Terletak 8 KM dari bandar KK.
6. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Senibina cantik yang terkenal dengan masjid terapung. Boleh datang solat di sini nanti sambil–sambil bergambar buat kenangan. Bukan selalu pergi kan. 😛
7. Atkinson Clock Tower
Struktur tertua di Sabah, sebuah jam menara kayu 1905 yang dinamakan sempena pentadbir kolonial British.
8. Muzium Sabah
Muzium negara dengan galeri seni & pameran mengenai topik seperti arkeologi & tamadun Islam.
9. Masjid Negeri Sabah
Disiapkan pada tahun 1975, masjid kontemporari di pusat bandar ini boleh menampung 5,000 pengunjung.
10. Tugu Peringatan Double Six @ Double Six Monument
Sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota Kinabalu.
Tugu ini dibuat adalah bagi mengingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta enam menteri lain – Wikipedia
11. Kota Kinabalu City Bird Sanctuary
Tempat perlindungan burung dengan laluan di hutan bakau dengan kira-kira 80 spesies, termasuk penternak & ikan keli. Sesuai untuk bawa kanak-kanak mengenali burung-burung.
12. Green Connection
Akuarium memberi tumpuan kepada pendidikan alam sekitar, memaparkan 1200 + spesies marin & pameran tangan.
13. Lok Kawi Wildlife Park
Perumahan Zoo harimau, monyet & gajah pygmy & menawarkan taman hutan dengan laluan berjalan kaki. Terletak 20 KM dari Jeti Jesselton. Buka dari pulu 9:30 pagi – 5:30 petang.
14. Rumah Terbalik
15. Jambatan Tamparuli
Cadangan Tentatif Tempat Menarik di Kota Kinabalu
Cadangan ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda di sana nanti. Ikut turutan di bawah:
Sebelum tu, nak kena ada kereta la, baru boleh jalan-jalan kan. Anda boleh tempah secara online di sini: http://www.nhelzyrentacar.com. Guna voucher code “NHelzyWEB” untuk dapatkan diskaun tambahan berjumlah RM20
Hari Yang Nak Pergi… 😛
  1. Pulau Manukan / Pulau Mamutik / Pulau Sapi (Separuh Hari)Pilih 2 pulau sahaja
  2. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Solat Zohor)
  3. Menara Tun Mustapha
  4. Atkinson Clock Tower
  5. Muzium Sabah
  6. Masjid Negeri Sabah (Solat Asar)
  7. Tugu Peringatan Double Six @ Double Six Monument
  8. Pantai Tanjung Aru
  9. Pasar Malam Kota Kinabalu
Hari Yang Nak Pergi Kedua…
  1. Pasar Filipina
  2. Green Connection
  3. Kota Kinabalu City Bird Sanctuary
  4. Lok Kawi Wildlife Park
Tempat Menarik di Kundasang
1. Desa Cattle Dairy FarmTerletak di kaki Gunung Kinabalu. Jalan untuk sampai ke sini agak curang. Kalau pergi ramai, adalah disarankan untuk mengambil kereta sewa cc 1.3 ke atas untuk pemanduan naik bukit dengan lebih selesa.
Pergi waktu pagi untuk pemandangan yang cantik.
2. Taman Negara Kinabalu
Taman Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 merupakan yang tertua dan paling popular di rantau ini.
Pada tahun 2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di Taman Kinabalu.
3. Kundasang War Memorial
Satu tempat memorial bersejarah bagi mengingati tentera British dan Australia yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
4. Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu dianggap gunung keramat yang didiami oleh roh-roh nenek moyang kaum Kadazan Dusun yang tinggal di sini.  Ianya juga merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 4095 meter.
5. Kolam Air Panas Poring @ Poring Hot Spring 
Mata Air Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup.
Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh.
6. Ladang Tea SabahDengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota.
Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.
7. Fish Massage, Tagal, Sungai Moroli, Kg. Luanti
Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda.
Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau.

Sumber : https://blog.pakej.my/info/tempat-menarik-di-sabah/#tentatifkk