Tuesday, August 27, 2019

Nak Berjaya? Ikut TIPS ni.


UBAH DIRI DAN MINDSET
Tadi saya dah cakap dah, semuanya bermula dengan anda sendiri bukan orang lain. Anda yang buat keputusan apa tindakan seterusnya, dan bila dalam kelas pun saya kongsikan strategi untuk anda dan pilihan kepada anda sama ada nak buat atau tidak. Ubah mindset anda, setiap pagi tetapkan mindset yang anda ingin capai apa yang anda perlu capai. Kuatkan mindset anda dengan ilmu-ilmu yang penting kerana ini adalah dipanggil sebagai Selg Development


MATLAMAT YANG JELAS
Jika anda naiki kenderaan, anda juga kena dan wajib jelas dengan lokasi yang anda ingin sampai betul? Sama juga macam dalam bisnes, kalau anda jelas matlamat anda insyallah lebih mudah dan percaya boleh dicapai. Jelas dengan numbers yang anda ingin capai. Kenalpasti bila nak capai dan bagaimana nak capai. Itu sangat penting dan tidak berhasil kepada mereka yang hanya duduk saja.


CONTOHI ORANG YANG BERJAYA
Cakap nak berjaya macam orang yang dah berjaya, tapi tak ikut apa yang mereka buat. Macam mana nak berjaya. Anda ikut apa yang orang berjaya buat, insyaallah anda adalah orang yang seterusnya. Orang berjaya sentiasa perbaiki diri, hati dan sentiasa merendah diri semasa untuk menuntut ilmu. Dan sentiasa cari gurunya untuk dapatkan kepastian tentang tindakan yang bakal dilakukannya.
Point yang sangat ringkas tapi sangat PENTING untuk anda jadikan panduan. Ini yang saya selalu latih anak murid saya sebab tak guna kalau saya berikan ilmu strategi pemasaran yang power-power tapi diri mereka sendiri bermasalah.

Copy N Paste

0 comments: