Thursday, February 15, 2018

Tip melancong / percutian terbaik





Menyewa kereta di destinasi percutian dapat meningkatkan fleksibiliti dari setiap perjalanan sama ada urusan perniagaan atau percutian.

Tip melancong minggu ini menyenaraikan proses menyewa kereta dan menyediakan beberapa panduan ketika menyewa kereta.

-Cari syarikat kereta sewa yang betul

Tanya ejen perjalanan untuk membantu mencari syarikat kereta sewa yang sesuai untuk setiap perjalanan kerana urusan setiap syarikat kereta sewa tidak sama di beberapa negara.
Menggunakan khidmat agensi perjalanan untuk menyewa kereta menjimatkan masa dan memudahkan kerana anda tidak perlu menghubungi beberapa syarikat berbeza untuk mencari kadar terbaik serta kereta untuk anda.
Agen perjalanan juga punya banyak manfaat termasuk harga promosi dan program khusus yang tidak boleh diiklankan kepada orang ramai.

-Kos sewaan kereta

Syarikat kereta sewa biasanya mengenakan empat jenis kadar asas iaitu kadar setiap hari dengan caj perbatuan, kadar setiap hari dengan bilangan yang terhad batu percuma setiap hari, kadar setiap hari dengan jarak perjalanan tanpa had dan kadar yang mempunyai tempoh jarak percuma dalam tempoh panjang.

Kadar berbeza mengikut saiz dan gaya kenderaan, tetapi kebanyakannya membabitkan kereta ekonomi, kereta kompak, pertengahan dan mewah.
Kadar promosi istimewa juga sering tersedia, terutama di hujung minggu, tetapi ia harus diminta secara khusus terlebih dahulu.


-Pilihan Insuran kereta sewa

Perlepaskan Tuntutan Dalam Kerosakan Kemalangan (Collision Damage Waiver /CDW) atau Pelepasan Tuntutan Dalam Kerosakan Kehilangan (Loss Damage Waiver/LDW).
Jika kereta sewa rosak, penyewa akan bertanggungjawab menanggung beberapa ratus ringgit kerosakan sehingĂ‚­ga harga penuh kereta.
Namun, dengan membeli CDW atau LDW, penyewa dilepaskan dari menanggung apa-apa kerugian atau kerosakan pada kereta sehingga nilai penuh kereta.
Bagaimanapun, jika penyewa melanggar perjanjian sewa beli, pengecualian itu tidak sah. Insurans auto peribadi anda sudah boleh menyediakan perlindungan bagi kerosakan kepada kereta sewa dan pembelian CDW atau LDW mungkin tidak diperlukan. Peraturan menjual CDW/LDW juga berbeza mengikut negara.

-Pengesahan kereta sewa

Pelancong harus selalu menerima baucar atau pengesahan daripada ejen pelancongan mereka sebelum berangkat ke destinasi. Dokumen itu harus ada nombor pengesahan, nama syarikat kereta sewa, jenis kereta yang diminta, maklumat dan tarikh. Jika syarikat kereta sewa itu berada di luar lapangan terbang, pastikan ada nombor telefon kereta yang akan mengambil anda.

Pengesahan membantu syarikat kereta sewa mencari pelanggan yang belum mendapatkan kereta yang sepatutnya disewa. Apabila berlaku pembatalaan sewaan, pastikan anda memberitahu syarikat kereta sewa supaya mereka boleh menyewakan kereta itu kepada pelanggan lain.

-Pengambilan kereta sewa

Setiba di kaunter sewa kereta, kemukakan nombor pengesahan anda, baucer dan kad kredit jika perlu. Ejen perkhidmatan pelanggan akan menyelesaikan proses dan mengarahkan anda di mana anda boleh mengambil kereta anda.

Baca perjanjian sewa kereta anda sebelum menandatanganinya untuk membiasakan diri dengan liabiliti anda dan untuk memastikan anda tahu apa yang akan dibayar apabila mengembalikan kereta.
Sebelum meninggalkan tempat mengambil kereta sewa anda, periksa kereta untuk maklumat jarak yang betul dan apa-apa kerosakan yang nyata terhadap kereta sewaan anda itu. Jika ada sedikit kerosakan, tulis nota pada kontrak sebelum memandu kereta itu.

Mengembalikan kereta sewa
Kadar biasanya berdasarkan tempoh 24 jam dan tempoh tambahan sejam untuk memulangkan kereta. Jika anda menyimpan kereta lebih empat jam selepas itu, ia dikira melanjutkan kontrak untuk hari lain dan caj tambahan dikenakan. Kadar sewa kereta mengikut jam biasanya lebih tinggi. Justeru, kembalikan kereta mengikut masa supaya anda tidak mengubah kadar bayaran untuk keseluruhan transaksi.


-Maklumat berguna lain untuk menyewa kereta

Penyewa kepada apa juga jenis kereta adalah bertanggungjawab ke atas semua tempat letak kereta dan lalu lintas pelanggaran baik di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.
Kebanyakan kontrak dan polisi insurans tidak sah jika anda mengalami kemalangan sewaktu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Pastikan anda mengunci kereta dan stering serta tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta. Tali pinggang keledar juga hendaklah dipakai setiap masa kerana ia satu undang-undang ketat di kebanyakan negara.

Kebanyakan negara mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Oleh itu, jika anda memerlukannya, beritahu syarikat kereta sewa anda awal kerana biasanya ia perlu ditempah dan sedikit bayaran mungkin akan dikenakan untuk sewa kerusi kanak-kanak itu.
Kebanyakan syarikat sewa kereta menyediakan peta tempatan secara percuma. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebelum meninggalkan tempat sewa kereta untuk mengurangkan keperluan meminta petunjuk daripada orang awam.

Baca perjanjian sewa kereta anda dengan teliti dan tanya beberapa soalan kepada ejen pelancongan atau kereta sewa jika tidak pasti mengenai sesuatu perkara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:02 AM
 
Sumber Rasmi : https://www.hmetro.com.my/node/5105

0 comments: